Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, March 23, 2009

Tahniah..URS Agro


Hari ni shopping barang basah di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan. Tengah sibuk pilih sayur, terjumpa dengan yang ini. Tuan pasar pun promote gak. 'Orang melayu punya ni',katanya. Saya kenal syarikat ni walaupun tak pernah bertemu. Ini adalah antara blogger yang sama-sama memeriahkan industri cendawan dan boleh dikunjungi di http://ursagro.blogspot.com klik sini
Satu perkara yang menarik ialah kemampuan mereka menembusi pasar besar seperti itu. Yang saya tahu, pasaran cendawan di pasar borong ni dimonopoli oleh bangsa lain. Ada 3 supplier dari Semenyih hantar ke sini setiap hari dan setiap pek hanya berat 80gram. Tapi yang ni 100gram pada harga yang sama. Bonus untuk pelanggan. Saya tak bawa kamera dan beli la satu untuk membuktikan kalau kita berusaha, pasar borong pun kita boleh takluk. Jadi, teruskan usaha anda dan mungkin boleh bergabung dengan pengusaha berdekatan untuk terus supply dalam kuantiti yang besar ke pasar ini, insyaallah. Tahniah untuk Marketing manager.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008