Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Sunday, March 29, 2009

Tanam Ling Zhi


Ini adalah antara 200 beg cendawan Ganoderma (Ling Zhi) yang saya cuba tanam. Dah tak sabar nak keluar dah. Tak la susah sangat nak tanam Ling Zhi ni. Cuma masa suntik guna benih Ling Zhi. Resepi adunan masa bancuh masih sama walaupun pengusaha Ling Zhi kata ada sedikit perbezaan. Tapi tak pulak mereka bagitau apa yang berbeza. Apapun, yang ini adalah untuk kajian sendiri je. Ada beberapa beg yang tak menjadi. Pergerakan maisilium amat lambat. 2 bulan masih 2 inci je. Sedangkan beg lain dah 3/4 beg maisilium jalan. Ling Zhi akan mula dibuka cap bila 2.5 bulan hingga 3 bulan peram.
Saya memang mengamalkan minum Ling Zhi. Beli Ling Zhi slice dari Vita Agrotech pada harga RM45 untuk 500 gram dan tahan sehingga 2 bulan. Ling Zhi slice ini direbus, sama macam rebus akar kayu. Untuk kurangkan pahitnya, campur sikit gula batu masa rebus. Rasanya lebih enak tapi masih pahit. Mana-mana ubat yang mujarab memang pahit kan? (kecuali madu asli la). Amalkan minum 2-3 kali sehari dengan letakan dalam peti sejuk. Kesan serta-merta selepas 2-3 hari ialah anda lebih senang bangun tidur. Kalau anda tidur lewat sampai 1 pagi atau letih kerja pada waktu siang, esoknya anda tak rasa malas untuk bangun tidur. Kalau nak bangun jam 6.30 pagi, insyallah tak payah guna jam loceng.
Kepada mereka yang ingin tanam Ling Zhi secara komersial, dinasihatkan agar dapatkan pasaran dulu. Jangan buat baru nak cari pasaran. Nanti susah. Ada 2 jenis Ling Zhi yang biasa ditanam. Ling Zhi Tsugae dan Ling Zhi Lucidum. Yang bagusnya, Ling Zhi ni tahan lama. Kalau pandai boleh sampai 2 tahun dengan mengeringkannya. Ling Zhi berharga antara RM20-25 sekilo untuk yang basah dan RM80-150 sekilo untuk yang kering.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008