Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, July 7, 2009

Wajah TAA dulu kini 2

Kursus Asas Cendawan TAA diadakan buat kali pertama pada April 08. Di Perak Tengah dan Daerah Manjung, bekalan cendawan segar kebanyakkannya datang dari 6 orang pengusaha besar (yang saya tahu) yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 15-20 tahun. Bertolak dari kesedaran itu untuk meramaikan lagi usahawan dan barangan bumiputera berada dalam pasaran tempatan, maka TAA mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus ini. Bermula dengan semangat yang tinggi dan tiada kemudahan yang lengkap tetapi saya berazam untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan untuk dikongsi oleh bakal-bakal usahawan serta memperbaiki fasiliti untuk keselesaan semua pihak.

Selayang pandang...
Dulu ... Kini...


Dulu: Sessi penerangan teori di jalankan di tempat terbuka iaitu tempat aktiviti begging.
Kini : Sessi teori dilakukan dalam bilik dan tertutup. Peserta lebih tumpukan perhatian sebab kurang gangguan luar.



Kini: Contoh beg berbenih, matang, bermasalah dan jenih-jenis cendawan semakin banyak untuk tatapan peserta. Terdapat koleksi cendawan tiram kelabu, putih, abalon, ling zhi, jelly hitam dan tak lama lagi cendawan shitake dan perut lembu.

Dulu dan Kini : Ruang Suntik bertukar wajah.



Dulu dan kini : Perbezaan suasana bilik dan ruang suntik untuk peserta kursus.


Dulu: Demonstrasi produk hiliran adalah tempat yang sama dengan tempat teori dan praktikal. Agak kelam kabut bila bertukar acara.
Kini: Demonstrasi produk dah ada tempat sendiri. Tak perlu lagi kelam kabut berkemas tempat.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008