Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, April 28, 2009

AGM MAM

Sabtu lepas saya telah menghadiri Seminar Industri Cendawan di sebelah pagi dan Mesyuarat Agung AGM Persatuan Cendawam Malaysia (MAM) di sebelah petang betempat di FRIM, Kepong. Saya dikhabarkan inilah Seminar dan AGM yang paling meriah dengan kehadiran. Dijangkakan kehadiran hanya sekitar 50 orang seperti tahun sudah-sudah tapi sabtu lepas, hampir 100 kehadiran (mungkin ada yang saja-saja datang sebab pengerusi kata 58 orang je). Cenderahati untuk peserta pun tak cukup. Satu petanda yang sihat untuk industri cendawan. Terima kasih kepada mereka yang mewar-warkan dalam blog masing-masing.
Hari ini jugalah saya dapat bersemuka dengan otai-otai cendawan di Malaysia. Bos/wakil C&C di Gerisik, Vita Agrotech di Banting , DMI di Sijangkang, Mr Kuan di Semenyih, Mr Lau (benih) di Klang dan beberapa orang yang saya tak kenal. Juga para bloggers, Faisol (Ayne), Nabil (Nas Agrofarm), Puan Zainon (GPRS), Supaat (Desa Permai), Amree (cendawan 915)
Tahniah juga barisan 'kabinet' baru MAM. Selamat bekerja untuk Nabil dan Puan Zainon.
Banyak point dalam pembentangan kertas kerja oleh 3 orang pembentang sebelah pagi. Yang paling menarik ialah statistik terbaru tentang permintaan cendawan segar di seluruh negara. Dibentangkan oleh Puan Che' Hasmah Hassan. Bayangkan perangkaan 2008 menunjukkan negara masih kekurangan 9 ton cendawan segar sehari dan jumlah ini semakin meningkat setiap bulan disebabkan kesedaran orang ramai tentang khasiat cendawan. Di Perak sahaja kekurangan hampir 1 ton sehari. Permintaan melebihi pengeluaran. Itu baru cerita cendawan segar. Belum lagi angka untuk produk-produk lain dari cendawan. Oleh itu peluang pasaran memang terbuka luas untuk diteroka. Tapi perlu ingat, walau besar manapun pasaran, setakat tunggu pasaran ni datang ke farm kita, susah la. Kena bergerak cari pasaran ni di merata-rata.
Pembentang kedua oleh Puan Normah Ibrahim menyebabkan saya rasa tidak silap memilih cendawan sebagai kerjaya sampingan. Punya la banyak resepi dan produk dari cendawan segar yang boleh diketengahkan dan ada yang sudah dipasaran sekarang. Cendawan sejuk beku, nugget, chip, bebola, popia, snek, popcron, murtabak, burger, karipap, sate, ubat kulit, krim kecantikan, sabun, air minuman (dari cendawan tiram kelabu, ling zhi, jelly hitam, jelly putih), sos, serunding dan berpuluh resepi masakan. Pilih mana yang sedap mengikut selera masing-masing.
Kesimpulannya, Seminar ini memang membuka mata saya tentang industri cendawan. Sekarang dah digelar industri. Bila ianya industri, ianya akan terus berkembang dengan teknologi yang membangun.Bukan lagi bidang yang berbentuk picisan yang orang tengok sebelah mata saja. Mereka yang sudah pijak lantai industri ini, kembangkan dengan langkah yang jitu. Jangan silap langkah, nanti terjatuh. Takpa, kalau jatuh boleh bangun balik. Kekadang bagus gak jatuh ni. Biar rasa sakitnya macam mana, jadi dia akan lebih berhati-hati supaya tidak jatuh lagi. Mereka yang baru nak pijak, jangan tunggu lagi. Jika anda tidak ambil peluang ini, orang lain akan ambil.

1 comment:

Fede said...

ha gustado mucho tu blog
el mio es

www.festeroilicitano.blogspot.com

saludos
EspaƱa

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008