Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, April 14, 2009

Cerita Arnab dan .......





Ni adalah sebahagian koleksi arnab yang ada. Kepunyaan adik saya sebagai hobi dia. Ada 20 ekor semuanya tak termasuk 14 ekor anak dari 2 ibu baru-baru ni. Sekali beranak 8 ekor dan 6 ekor. Memang senang nak buat secara komersial cam ni.
Arnab ni bagi makan pellet. Sesekali bagi makan sayur reject( kangkung, kobis) dan cendawan. Sayur ni dapat dari kedai yang dihantar cendawan.
Pernah makan arnab?. Bulan lepas sembelih 3 ekor bila ramai adik beradik balik kampung. Tak ramai sanggup makan arnab termasuklah isteri saya. Dia anggap arnab lebih kepada haiwan peliharaan untuk bermain dan bermanja. Jadi bila sembelih arnab tu, dia tak tau. Arnab ni digoreng dan masak kicap. Semua berselera makan termasuk isteri saya sebab kami kata daging ayam. Bila dah semua licin, baru la saya buka cerita tentang daging arnab. Apa lagi..terus dia ke bilik, berehat. Perut rasa tak sedap katanya sebab terbayang dia dah makan daging kucing (ada ka patut cakap cam tu)
Daging arnab memang sedap. Rasanya lebih sedap, kenyal dan manis dari ayam tapi saya kurang arif tentang khasiatnya. Kita juga jarang jumpa di pasaran sebab kurang promosi. Kalau dipromosikan betul-betul, insyaallah boleh jadi satu industri ternakan yang maju.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008