Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, April 29, 2009

PERCUMA!!!. Taklimat Ringkas Industri Cendawan

TAA sering kali menerima kunjungan pelawat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang industri cendawan. Mereka yang datang adalah yang mempunyai minat yang mendalam tentang cendawan. Terima kasih kerana sudi ke TAA. Insyallah, kami akan sedaya upaya melayan pelawat ini sebaik mungkin dengan informasi tentang industri ini. Walaubagaimanapun, kekadang disebabkan kesibukan dan keletihan kerja, kurang maklumat dapat disalurkan kepada pelawat ini. TAA hanya mempunyai 2 pekerja sepenuh masa sahaja. Begitu juga pelawat yang datang pada hari ahad sebab tiada pekerja. Yang ada hanya ayah dan mak di rumah. Dah tentu kurang maklumat yang boleh disampaikan.
Oleh itu, jika terdapat satu masa yang bersesuaian antara TAA dan pelawat, maklumat yang lebih baik dan agak lengkap dapat dikongsi bersama. Maklumlah, kami pun masih belajar. Berdasarkan kepada penyampaian maklumat asas industri cendawan secara lebih sistematik yang meliputi potensi, rumah cendawan, modal, bahan asas, proses, lawatan ladang dan pasaran, maka TAA bersedia untuk memberikan taklimat secara percuma kepada sesiapa sahaja yang datang pada waktu yang ditetapkan.

Butir adalah seperti berikut :-
Tempat : Ladang Cendawan, Tunas Alam Agrotech
Tarikh: Sabtu terakhir setiap bulan
Masa: 3:00 - 5:00 petang
Bayaran : Percuma


Walau bagaimanapun, pelawat pada waktu lain masih dialu-alukan.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008