Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, May 4, 2009

Berapa lamakah usia peram beg anda?

Saya saja buat survey tentang isu ini. Banyak versi yang saya jumpa dengan alasan-alasan masing-masing. Macam-macam hipotesis keluar yang kekadang tak logik tapi sebenarnya berhasil dan kurang penyakit. Dalam mana-mana kursus dikatakan 2 bulan (tiram kelabu). Tapi tu atas kertas la dengan anggapan suhu, kelembapan dan gelap yang consistant sepanjang 2 bulan. Keadaan sebenarnya, mana boleh dapat keadaan macam teori cam tu. Jadi selalunya lepas 2 bulan, beg tak putih sepenuhnya.
Berapa lama peram juga adalah bergantung kepada
1) panjang beg. Lagi panjang beg, 2 bulan memang tak penuh. Panjang beg selalunya sekitar 6-8 inci.
2) Padat. Kalau buat pakai manual, biasanya memang padat. Selagi tak pecah beg, selagi tu dihentak.
3) Benih yang aktif. Kekadang ada yang saya jumpa maisilium yang amat aktif. Baru 2 minggu dah separuh beg maisilium (bukan Thailand punya).
Selain tu kandungan air, suhu, kelembapan, cahaya matahari pun sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan maisilium ini.

Saya mulakan dengan saya dulu.
Peram : 70 hari (tiram kelabu)
Alasan : Dulu 60 hari dah buka cap walaupun beg tak matang sepenuhnya. Akibatnya susah nak agak jumlah pengeluaran kerana banyak beg tak keluar hasil. Belum masa agaknya. Disamping itu mendedahkan beg dalam masa belum matang akan memudahkan serangan dari spora kulat lain. Kemudian saya ambil keputusan lajakkan ke 70 hari untuk mematangkan lagi dan supaya hasil pertama lebih consistant.

Diharap para pengusaha lain dapat sama-sama kongsi pengetahuan dan kepakaran anda di ruangan komen untuk manafaat bersama. Mungkin ada procedure yang lebih bagus untuk tingkatkan hasil dan dalam masa yang sama mengurangkan serangan penyakit.

'MAJULAH CENDAWAN UNTUK NEGARA'

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008