Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, June 17, 2009

Benih sendiri

Selepas mengikuti kursus benih di UM Febuari lepas, saya telah mencuba secara Trial n' Error membuat benih sendiri dengan menggunakan kemudahan asas yang ada pada april lepas. Dengan menggunakan petri dish yang elok perjalanan maisiliumnya tetapi nampak macam dah expired sebab terlalu tua namun saya cuba membuat 20 beg benih cendawan dengan berat lebih kurang 250gm setiap satu. Jom tengok apa yang jadi....



  • Ni la benih yang tumbuh elok selepas 3 hari subkultur. Benih ini yang digunakan...

  • Gandum yang dah dicampur dengan dedak, kapur dan sedikit habuk kayu.

  • Kemudian dimasukkan dalam pressure cooker. Muat 10 beg. Masalah timbul bila selepas kukus, banyak beg yang pecah terutama yang bawah. Panas sangat kot. Patutla masih ramai pembuat benih masih buat dalam botol. Pasal plastik pecah.

  • Ni la pressure cooker dapur yang digunakan.

  • Mula-mula memang susah nak dapat suhu tinggi. Lepas modified sikit auto pressure released, baru dapat suhu 122C. Ok la tu.

  • Chamber pembenihan. Asalnya ialah akuarium. Cara ni pun boleh .. Cuma kadar rejection agak tinggi. Try n' Error...

  • Hasilnyaa ..kuang..kuang..kuang..
5 beg yang survive semuanya kena kulat hijau 4-5 hari selepas disuntik. Bukan sikit hijaunya. Habis satu beg hijau. Masalah ni saya rasa berpunca dari kukusan dan subkultur yang terlalu matang. Walaupun semua beg tak berjaya..banyak benda yang dipelajari bila buat benih sendiri. Pelan-pelan kayuh. Insyallah sampai.
Kesimpulannya...untuk buat benih yang berkualiti tinggi dan kurang kadar rejection..memang memerlukan RM2ok untuk setup makmal separa lengkap. Yang utama ialah autoclave dan laminar flow chamber. Emmm...mana nak korek duit sebanyak tu.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008