Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, July 1, 2009

Hasil cendawan dah bertambah

Alhamdulillah, hari ni saja dah kutip 36kg cendawan segar. Pengeluaran dah semakin bertambah. Cuma tak consistant tapi biasanya dalam range 15-35kg. Tengah susun aktiviti supaya hasil tiap-tiap hari tak lari jauh. Ada 10k beg yang matang dan hampir matang tunggu masa nak buka. Target pengeluaran ialah 30-40kg sehari. Pasaran?. . Yang berhampiran dah penuh dan perlu cari pasaran lain. Pemborong dikehendaki.

Oleh itu TAA mempelawa mereka yang mempunyai pasaran atau pemborong sayur untuk menghubungi TAA untuk perbincangan lanjut. Yang bagusnya tentang cendawan ialah kita boleh plan pengeluarannya. Jika ada permintaan yang banyak pada suatu hari, kita boleh buka beg yang banyak untuk pengeluaran hari itu dan dalam masa yang sama kurangkan bukaan beg pada hari lain.
Memandangkan saya selalu balik ke kampung (2 kali sebulan), saya juga mula mengambil order dari kenalan di KL dan pejabat. Sekarang yang pasti sudah ada pelanggan untuk 15kg setiap kali trip. Ada sesiapa yang nak join? Tapi bekalan tak consistant la.
Walaupun dalam post sebelum ini cendawan segar di Perak kurang hampir 1 tan sehari, ini tidak bermakna TAA boleh goyang kaki di ladang menunggu pelanggan datang dengan alasan pasaran memerlukan cendawan segar. Sekiranya kita tidak memperkenalkan diri, pasaran sediada tidak tahu akan kewujudan kita.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008