Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, August 15, 2009

Ekspo Bumi Hijau dan Hari Ladang

Pada 8 & 9hb Ogos 2009 berlangsung 'Pelancaran Bumi Hijau' peringkat Parlimen Pasir Salak dan 'Hari Ladang' yang diadakan di Kampung Gajah, Perak dan TAA telah terlibat secara langsung. Saya sendiri buat pertama kalinya turun padang. Ianya telah mendapat liputan akhbar Sinar Harian edisi Perak dan keratan akbar disebelah telah dihantar melalui MMS untuk saya upload ke blog. Hari Ladang tersebut dibuat dengan kerjasama Jabatan Pertanian Perak Tengah, Hilir Perak, IADA Seberang Perak dan IADA Kerian, yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Tajuddin B. Abdul Rahman Ahli Perlimen Pasir Salak.

Dalam Sinar Harian dikatakan 'Dapat Sambutan' tapi serius saya katakan sambutan amat mengecewakan. Komen ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi teguran membina untuk kemajuan industri pertanian sekitar.
Mengikut pemerhatian saya ekspo ini gagal mendapat perhatian kerana :-

1) Kedudukan tapak yang terlindung dan jauh dari jalan utama.

2) Tiada promosi secara bersungguh oleh pihak terlibat. Kain rentang mengenai ekspo baru dinaikkan diwaktu pagi sewaktu saya sampai di simpang Kg gajah. Tiada penunjuk atau tanda di jalan utama bagi memberitahu orang ramai adanya ekspo sedang berlangsung. Walaupun ada diedarkan pamplet, seorang makcik dari Seberang Perak mengatakan ianya menerima pada hari Jumaat, sehari sebelum ekspo. Kehadiran makcik itu, katanya ingin turut serta dalam sessi cabutan bertuah yang ada dinyatakan dalam pamplet. Bila dia tahu tiada cabutan tersebut, dia singgah 2 ,3 booth dan terus balik. Ish ish ish... Manakala jumlah pengunjung saya anggarkan sekitar 400-500 orang tetapi yang datang sebaliknya dan tidak setimpal dengan gahnya nama gabungan penganjur.

3) 70% pengunjung atau peserta taklimat adalah warga veteran. Mana golongan belia?. Senarai para penceramah adalah hebat dan datangnya Jabatan Pertanian, FAMA, TEKUN, Jabatan Perikanan, Jabatan Penternakan dan lain-lain. Saya sendiri mengikuti taklimat dari mereka dan memang teruja dengan kemudahan, bantuan dan pasaran yang menunggu. Tetapi sayang semua ini tidak sampai ke golongan belia. Bukan untuk menidakkan sumbangan dan kemahiran warga veteran tapi untuk konsep pertanian moden sekarang golongan muda lebih mudah menerima latihan, idea dan perubahan teknologi. Kenapa tidak ada peserta dari Pusat Giat MARA Daerah, pelajar sekolah teknik (vokasional) aliran pertanian, pelajar pusat-pusat pertanian daerah Perak Tengah dan daerah sekitar, Belia UMNO, Belia PAS dan ramai lagi. Golongan ini dah kerugian satu taklimat yang boleh merubah hidup mereka kearah lebih baik tetapi kalau tidak diberitahu, mana mereka tahu...

Bersempena Kempen Bumi Hijau, TAA banyak mempromosi beg media untuk dipelihara oleh orang ramai di rumah beserta dengan panduan penjagaan. Di samping itu juga, TAA menjual cendawan segar, cendawan goreng dan sup cream cendawan.

Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Normala (Pen. Pegawai Pertanian Perak Tengah) kerana menjemput TAA pada ekspo tersebut. Insyaallah kami akan terus bekerjasama untuk memajukan pertanian daerah Perak Tengah khususnya dalam bidang cendawan. Sedikit rakaman sepanjang ekspo hari tersebut.








No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008