Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, September 23, 2009

Cendawan Perut Lembu

Sebelum ini saya hanya pernah melihat cendawan perut lembu dalam blog dan jenis-jenis cendawan dari Jabatan Pertanian tapi sekarang cendawan ini ada depan mata. Setahu saya di semenanjung belum ada yang mengeluarkan secara komersial. Kalau di Sabah dan Sarawak, pernah saya baca ianya dijual.
Cendawan ini mula mengeluarkan hasil kira-kira 3 minggu lepas selepas 2 bulan peram. Ada lebih kurang 100 beg semuanya. Benih adalah sumbangan En Nabil dari Nas Agrofarm. Dia bagi 2 beg untuk kembangkan cendawan ini. Terima kasih En Nabil.
Saya menyediakan campuran beg dan kukus macam biasa. Cuma lepas sejukkan, letak benih cendawan ini. Tunggu 2 bulan, pas tu buka tutup untuk hasil. Cuaca masa peram agak panas sikit. Maklum la, bulan Julai dan Ogos dulu agak panas. Suhu waktu tengah hari boleh cecah 32C.
Daripada putik sehingga kembang, ambil masa 6-7 hari. Lebih 1-2 hari dari tiram kelabu. Biasanya 1 atau 2 kuntum saja tapi saiz besar-besar. Memang puas makan.
Rasanya?. Mak saya kata, inilah cendawan paling sedap pernah dia makan (mungkin jugak dia jemu dengan tiram kelabu). Memang betul, saya akui cendawan ini memang sedap. Lain dari jenis-jenis cendawan yang pernah saya rasa. Rasanya seakan-akan cendawan busut, kenyal dan bertestur. Biasanya saya buat masak lemak dan goreng kunyit. Walaupun kita goreng lama-lama, rasa kenyalnya masih terasa. Ianya tidak mudah hancur.
Buat masa ini cendawan ini tidak dijual sebab dah jadi satu menu wajib masa makan. Kekadang belum sempat kembang sepenuhnya, mak saya dah kutip untuk masak. Walaubagaimanapun, insyallah cendawan perut lembu ini akan menjadi salah satu menu untuk peserta kursus pada 18 Oktober nanti. Boleh la sama-sama rasa kelazatan cendawan ini. Berapa harga cendawan perut lembu ni di pasaran?.





No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008