Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, October 19, 2009

Pertanian Adalah Perniagaan - Review

Saya mengenali industri cendawan kira-kira 3 tahun dulu. Waktu tu kerajaan dibawah Tun Pak Lah buat promo besar-besaran tentang bidang pertanian. Semua agensi kerajaan dan media nasional digerakkan untuk menjual motto 'Pertanian adalah Perniagaan'. Ketika tu banyak industri pertanian baru yang tak pernah terlintas di fikiran kita berjaya diketengahkan. Ternak lintah, ternak cacing kompos, ternak keli kanvas, ternak ketam dalam RAS, cendawan, cili fertigasi, serai dan macam-macam lagi. Media pula hampir setiap hari memaparkan kejayaan individu dalam bidang pertanian sehingga saya menjadi pembeli tetap Utusan pada hari jumaat untuk mendapatkan sisipan Mega Agro. Semua pembaca mula memasang angan-angan untuk berjaya seperti usahawantani lain dalam akhbar termasuk saya.
Setelah membuat sedikit kajian, saya memilih cendawan sebagai pelapis kerjaya. Tapi dulu susah nak dapat maklumat tentang cendawan. Belum popular dan hanya ada 3-4 blog saja. Kursus pula hanya di Jabatan Pertanian dan UPM saja. Salah satu tempat yang aktif membincangkan tentang cendawan ialah di Forum BicaraJutawan. Sama-sama kongsi maklumat. Sekarang dah senang. Ada lebih 100 blog tentang cendawan dan ramai penganjur kursus secara persendirian. Otai-otai pun dah turun padang dengan penjelasan teknik dan perkembangan dalam blog masing-masing seperti CIMA dan Nas Agrofarm.
Ini cerita 3 tahun lepas. Sekarang saya nampak sedikit kemuraman dalam sektor pertanian. Samada akibat kelembapan ekonomi atau pertukaran Perdana Menteri. Tak kira apa pun sebabnya, yang pasti bidang pertanian khasnya cendawan dah 'sejuk'. Kurang hangat berbanding 2-3 tahun dulu. Dulu sewaktu saya berkursus di UPM, hampir 40 orang dengan yuran RM500. Sewaktu berkursus di PPUMM pula hampir 110 orang berkursus dan terpaksa buat 3 minggu berturut-turut sebab ramai sangat mendaftar. Jadi, bayangkan kegilaan orang ramai ketika itu tentang pertanian. Peranan media menjadi faktor besar terhadap kegilaan ini. Sekarang saya lihat media kurang menekankan sektor pertanian. Saya pun sudah lama tak beli Utusan hari jumaat kerana berdasarkan pengalaman setahun lepas, tiada yang menarik. Ruang Mega Agro pun dah dikecilkan kepada 3-4 muka saja. Dulu, hampir setiap minggu ada artikal pasal cendawan dalam Mega Agro.
Ekspo pertanian pun dah berkurang. Asalkan ada sudah la.. Nanti dikatakan Pak Menteri goyang kaki. Kebanyakkan ekspo ni kurang promosi dan penyertaan.
Tah la....tiba-tiba je saya nak mengomel pasal pertanian ni...sebab nampak lesu sangat....

1 comment:

KebunKu Sdn Bhd said...

Askm Tn, Tak mengapa, saya juga dah sejuk sikit, insyallah Bulan Disember kita mula semula.... ada juga yang dah gulung tikar, saya sabar aja ujian ALLAH SWT

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008