Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, December 12, 2009

Menjana keuntungan yang lumayan.

Ini bukan MLM, bukan sistem perlu cari downline tapi tetap menjanjikan keuntungan yang lumayan. Keuntungan yang tiada kesudahan. Dengan kata lain ..keuntungan infiniti. Dengan sedikit pelaburan, keuntungan anda akan berganda dengan sendirinya. Tak perlu berpeluh dengan jual barang. Goyang kaki di rumah pun keuntungan masih boleh dinikmati. Tak perlu isi borang untuk tebus keuntungan. Ianya akan dikreditkan ke akaun anda secara automatik.
Jika anda ingin menikmati keuntungan tersebut, di sini disertakan link tersebut http://rumahanakyatim.com atau klik sini
Marilah kita sama-sama membantu insan kecil ini yang mengharapkan kasih sayang dan sedikit sumbangan untuk terus menjalani kehidupan seperti anak-anak lain. Banyak rumah anak yatim dan miskin masih kekurangan peruntukan dan kemudahan untuk terus menjaga anak kecil ini. Di harap sumbangan saudara dapat meringankan beban dan seterusnya mengukir senyuman kepada penghuninya. Keuntungan yang dinyatakan di atas bukan dijanjikan oleh saya atau 'upline' saya, tapi oleh Allah s.w.t. Jika ianya dijamin oleh Allah, apa yang kita ragukan lagi. Yang pasti Bank Negara tak akan serbu.
Terima kasih kepada Saudara Muhammad atas usahanya mewujudkan web yang menggabungkan kebanyakkan rumah anak yatim dan miskin seluruh negara.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008