Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, May 26, 2010

Continous improvement

Walaupun dah hampir 4 tahun saya menceburkan diri dalam cendawan ni, tapi makin lama, rasanya makin banyak yang tak tau. Saya masih lagi pergi melawat pengusaha lain dan bertanyakan tip-tips yang dirasakan boleh diguna-pakai di farm. Makin ramai pengusaha kita jumpa, makin banyak tip yang ada. Ada tips yang tak sesuai, dah praktik tapi tak berkesan (tapi orang ni pakai procedure ni ok pulak..) dan ada yang pelik dan akan digunakan bila perlu nanti.
Ada 3 improvement yang sekarang dan tengah diusahakan untuk mempertingkatkan kualiti beg dan hasil
1. Membiarkan sarang labah-labah berselirat dalam farm. Yang ni betul-betul enviromental friendly method. No cost at all. Selama ni saya buang sekali-sekala sawang ni. Sekarang sawang ni berguna untuk memerangkap serangga kecil yang terbang yang menjadi makanan labah-labah.
2. Menggunakan plastik kuning dengan gam untuk memerangkap serangga (bari, ladybird, kumbang-kambing,). Binatang ni akan tertarik dengan warna cerah dan cuba hinggap dan seterusnya melekat pada gam. Baru pasang dan belum nampak kesan lagi. Peralatan beli dari Nas Agrofarm. Kat sana memang plastik kuning ni penuh dengan serangga. Nampak kesan penggunaan plastik kuning ni.




3. Berubah dari penggunaan span ke kapas untuk tutup peram bagi mengurangkan beg rosak. Masalah sekarang ialah di mana nak cari kapas ni. Kapas tiruan yang selalunya diguna dalam soft pillow atau soft toy. Habis kedai sekitar kampung dan Seri Iskandar dan juga tak kurang 10 kedai hardware kat Seri Kembangan saya cari...tapi takde. Siapa boleh bagi idea kat mana nak cari kapas tiruan ni.
Diharap dengan 3 langkah penambah-baikkan ini, hasil akan lebih bertambah, insyallah.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008