Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, May 5, 2010

Terbaru

Dah lama tak update.
Rumah utama dah penuh sejak 2 minggu lalu. Dah ada lebih kurang 40,000 beg yang 60% darinya sedang mengeluarkan hasil dan selebihnya dalam proses pemeraman. Alhamdulillah, hasil cendawan menampakkan peningkatan setelah 4 bulan panas terik sehingga 37 C waktu tengahari.
Berdasarkan pengalaman lalu, jika tiada beg baru untuk back-up, lagi 3-4 bulan dijangkakan hasil cendawan akan turun mendadak. Jadi proses membuat beg perlu diteruskan tapi masalah timbul bila rumah dah penuh dan tiada tempat lagi untuk beg baru.
Akhirnya Big Bos (ayah) bersetuju untuk jadikan ruang kaki lima rumah untuk tempat baru pemeraman beg. Sementara saja katanya. Dah hilang seri rumah ayah. Orang lalu lalang pun rasa pelik ada net hitam tepi rumah. Ditambah lagi dengan segala ruang berbumbung yang ada, dianggarkan masih ada ruang untuk 12,ooo beg.



Kayu untuk buat lagi 10 rak tambahan. Muat 10,000 beg



Rumah utama yang dah penuh


Rak beg berdiri. Waktu ni playwood je yang ada.


Sebahagian beg di tepi kaki lima rumah ayah


Sebelum pasang net



Lepas pasang net. Dah tak comel dah rumah ayah. Hehehehe....

3 comments:

cikmi said...

assalamualaikum!!
saya amy yang dulu buat cendawan kat batu hampar tu. lame tak cOntact abg azman,kak itam dan abg arif ;) wah, makin besar bisnes sekarang iye?
kirim salam kat semua iye, tak tau la semua masih ingat amy ke tak..huhu

Tunas Alam Agrotech said...

w`salam amy....apa tak ingat orang ni....buat apa sekarang....

cikmi said...

huhuh sOrry2..bukan tak ingat tapi bz sikit skrg ni. sekarang ni ade kat ipOh, dah tak handle bisnes kat batu hampar dah. tapi amy de perancangan nak buat cendawan kat ipOh. tunggu loan lulus je ni. kalau lulus insyallah akan mula secepat mungkin ;)

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008