Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Thursday, June 10, 2010

Cerita habuk lagi.

Memang habuk kayu getah dah jadi emas untuk pengusaha cendawan sekarang. Tanpa habuk ni, pengusaha akan tutup kedai. Di mana-mana sekali pun, habuk memainkan peranan untuk pengembangan industri cendawan. Disebabkan kesukaran mendapatkan habuk, sudah ada kedengaran syarikat-syarikat besar dalam cendawan, batu bata, dan yang lain memonopoli dan menender habuk di kilang. Pengusaha kecil cendawan akan dibunuh secara perlahan jika tiada alternatif lain dicari.
Bulan lepas juga saya hadiri Seminar dan Mesyuarat Agung Persatuan Cendawan Malaysia. Sebenarnya saya lebih tertarik dengan tajuk pembentangan kertas kerja tentang alternatif habuk kayu getah.
Ingat dengan MAHA 2008, MINT telah pamerkan cendawan dari sisa sawit. Kali ini En Mat Rasol Awang dari Biosains Agensi Nuklear Malayisa menerangkan hasil kajiannya dan merumuskan Sisa Tandan Sawit Kosong adalah pengganti yang sesuai untuk habuk kayu. Walaubagaimanapun, ini hanya peringkat makmal. Kajiannya adalah dengan 30 bongkah dari setiap sisa sawit.
Begitu juga pembentangan Cik Dang Lelamurni Abd Razak mengenai penghasilan cendawan jeli hitam dari hasil buangan sawit. Rasanya waktu itu belum ada hasil keluar lagi. Baru peringkat awal.
Ada pembentangan mengenai jerami padi. Contoh yang diambil ialah di Vietnam. Tapi rasanya tak sesuai kat Malaysia. Vietnam sawahnya luas, sawah kita sekangkang kera je, kat sebelah utara pulak tu.. Pengusaha ramai kat tengah dan selatan. Masalah logistik tu. Kalau pindah ke utara pun...rasanya berapa ribu beg saja boleh buat..pas tu jerami habis. Kena tunggu musim lain untuk jerami lagi. Emmmmm.......
Begitu juga dengan hampas substrat cendawan yang disyorkan. Maknanya guna semula habuk kayu yang dah expired. Campur semula dengan habuk baru degan nisbah tertentu. Mengikut kajian, hampas ini masih banyak carbon yang boleh menghasilkan cendawan. Serius...perkara ini telah saya cuba sebanyak 1000 beg dan hasilnya amatlah kurang dari menggunakan 100% habuk baru. Bagi pengusaha kecil seperti saya, kajian sendiri sebegini amat menjejaskan pusingan kewangan kalau hasilnya tak seberapa.
Banyak lagi alternatif lain seperti sekam padi, pelepah sawit, kapas buangan, sisa barli dan sabut sawit. Soalannya sekarang, adakah semua yang di atas sesuai untuk diusahakan secara komersial dan boleh menarik minat bakal pengusaha baru menanam cendawan. Mana saya nak cari pelepah sawit, sisa barli secara consistant untuk production.
Ramai pengusaha sebenarnya menantikan formula dan proses secara komersial untuk alternatif habuk kayu. Semudah sewaktu saya mengenali cendawan. Pergi kursus dan diajar nisbah 100:10:1. Balik rumah terus cuba buat. Sekarang sepatutnya sudah ada alternatif habuk kayu getah secara komersial atau setidak-tidaknya sudah ada pengusaha yang dibiaya oleh kerajaan/agensi untuk melakukan 'trial and error' secara komersial. Mungkin ada tapi saya belum pernah dengar projek perintis sedemikian. Malah tidak pernah dihighlighkan dalam Menyuarat Agung lalu.
Depan rumah saya adalah sawah padi. Sekarang musim semai anak benih. Lagi 4 bulan tuai la padi. Insyallah saya akan ambil jerami padi mana yang mampu untuk test cendawan tiram kelabu melalui jerami padi. Agak memang susah nak percaya, maisilium boleh tumbuh sihat atas jerami yang tak dikukus. Yang sekarang dikukus pun ada hijau sana sini.....hehehehe...Nanti saya update hasilnya. Ada sesiapa nak sponser kajian ni. Hehehehehhe....

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008