Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, July 12, 2010

Cik Rofishah Jusuh, Pelajar Tunas Mekar Perak



Cik Rofishah Jusuh telah mula menjalani latihan praktikal di TAA semenjak Febuari 2010. Pada 14 Julai 2010, beliau akan menamatkan latihan praktikal bagi mengejar cita-citanya. Bermula dari tarikh itu, beliau akan mempunyai projek cendawan sendiri di Bota Kiri, Perak.
Cik Rofishah adalah graduan dalam bidang Landscaping di UiTM Shah Alam. Setelah menamatkan pengajian, beliau menyertai Program Tunas Mekar UiTM. Disebabkan minatnya dalam bidang penanaman cendawan, beliau telah menimba ilmu dengan memulakan latihan praktikal dari seorang pengusaha di Gopeng. Walau bagaimanapun setelah mendapat tahu adanya TAA di Bota Kiri, yang hanya 500m dari rumah keluarganya, beliau telah bertukar bagi memudahkan masalah logistiknya.
Walaupun TAA hanya setahun jagung, sedikit sebanyak adalah ilmu yang boleh dikongsi sehingga beliau yakin untuk memulakan projek cendawan sendiri. Malah ketika praktikal di TAA, beliau telah memulakan projek cendawannya sendiri secara kecil-kecilan dengan ayahnya bertindak memasarkan sendiri cendawan ke pasar hari Bota Kanan. Di tambah dengan sikapnya yang dahagakan ilmu dan tidak mudah kalah, Cik Rofishah akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti, insyallah. TAA juga amat berterima kasih atas segala bantuan dan kederat yang dicurahkan kepada TAA. Dengan kehadiran Rofishah, sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan tugas di TAA.
Akhir kata, selamat maju jaya untuk Rofishah Jusuh.

1 comment:

zainura66 said...

Assalamualaikum,

Salam perkenalan daripada pakcikli dan wannura di http://wannura.wordpress.com/

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008