Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Monday, August 9, 2010

Rumah ke-3 TAA

Permintaan yang semakin tinggi adalah penyebab utama pembinaan rumah ke-3 ini. Saya anggarkan permintaan cendawan sekitar Seri Iskandar sahaja lebih kurang 50kg sehari. TAA hanya mampu menyumbang 25-30kg saja sehari dengan 2 orang pengusaha cendawan goreng memonopoli permintaan. Masih banyak lagi ruang dan usaha perlu dilakukan supaya orang ramai lebih meminati cendawan.


Beberapa pokok sawit ayah terpaksa dikorbankan...


Dah tebang 6 pokok sawit. Ini progress Disember tahun lepas berlatarbelakangkan mini komplek TAA


Tanah dah ditambak dan tunggu dana pinjaman sampai tapi tak sampai-sampai.


1 pengarah, 2 orang pelakon ...dan 1 penonton




2 orang stuntman yang menyibukkan diri

Rumah ke-3 ini pada perancangan awalnya mampu memuatkan 30k beg tapi akibat kewangan terhad, bina ruang untuk 20k beg yang bersaiz 32'x50' dulu. Ada modal nanti, boleh la lengkapkan rumah. Ini menjadikan kapasiti TAA secara keseluruhannya 60k beg. TAA ke arah meningkatkan pengeluaran ke 50kg sehari secara consistant, insyallah.
Rumah ini naik dengan pelbagai kenangan pahit manis. Dengan kesukaran mendapatkan pinjaman dari mana-mana institusi akibat karenah birokrasi dan ketiadaan dana, TAA terpaksa 'mengikat perut' dalam semua perbelanjaan. Alhamdulillah dengan sedikit simpanan, rumah yang hanya asas ini dapat dinaikkan. Lantai hanya tanah dan dinding di lapik kayu di bawah untuk elakkan binatang berbisa masuk. Garam, kapur, belerang juga dalam perancang untuk ditabur.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008