Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Wednesday, November 24, 2010

Cendawan Seri Pagi

Cendawan Seri Pagi ni adalah rename untuk cendawan perut lembu. Nama perut lembu itu sendiri tiada nilai komersial, maka ianya diubah.

Ini kali kedua TAA cuba menanam cendawan jenis ini. Kali pertama dulu lebih kepada trial and error disamping ingin merasai keenakan spesis ini. Setelah ada sedikit ilmu tahu tentang selok belok penanaman cendawan ini dengan bantuan dari Nas Agrofarm dan merasai keenakan cendawan seri pagi, maka sebanyak 1000 beg lagi telah dibuat dan sekarang hasil sedang dikutip.

Ianya telah cuba dijual di kedai sekitar Bandar Seri Iskandar dan sambutan amat menggalakkan. Tak kurang yang membeli sebab sudah kenal tetapi belum pernah merasai keenakan cendawan seri pagi ini. Mungkin mereka pernah dengar cendawan perut lembu kerana kebanyakkan penduduk Bandar Seri Iskandar adalah golongan profesional iaitu tenaga pengajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Profesianal Mara (KPM) dan Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN).

Harga yang disyorkan oleh Persatuan Cendawan Malaysia adalah RM20/kg. Sebagai pengenalan spesis ini, harga yang ditawarkan ialah RM15/kg. Jika teringin makan cendawan busut yang hanya boleh didapati pada musim hujan di kawasan kampung, Cendawan Seri Pagi adalah penyelesaian kepada selera anda. Rasa Cendawan Seri Pagi adalah hampir sama dengan cendawan busut, malah lebih sedap sebab teksturnya yang lebih kenyal dan rangup. Buat masa sekarang di Perak, spesis ini banyak boleh didapati di TAA.



Kiri : Yang ini pasti besar kelopaknya
Kanan : Yng ini pasti sangkut masa tolak stopper yang agak kuat.


Kiri: Banyak kuntum juga cendawan ini.
Kanan: Keluar ikut pintu belakang


Cendawan Seri Pagi yang sedia di petik


Kiri : Hasil dari 2 beg boleh lebih 200 gram
Kanan : Kutipan untuk 2 hari, 500 gram dan dah selamat di masak sayur. Memang sedap.


 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008