Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Pameran MAHA kembali lagi. Pameran dwi tahunan ini memang ditunggu-tunggu oleh peminat bidang pertanian. Sekarang sudah bergelar MAHA International 2010 sesuai dengan taraf sebagai expo pertanian terbesar di ASEAN.

Apa kelebihan MAHA 2010?...Bagi mereka yang pertama kali berkunjung, pameran ini memang hebat. Bagi saya yang dah 3 musim dan ulang 3-4 kali semusim (sebab 5 km dari rumah), MAHA 2010 tiada yang menarik perhatian saya. Setiap tempat yang saya pergi pada Ahad lepas, sudah boleh agak apa yang dipamerkan. Tiada 'Wow' effect. Ditambah dengan kekalutan sistem pengangkutan. Tram di bahagi kepada 3 route. Plan memang baik tapi pelaksanaan dan arahan petugas kacau bilau menyebabkan ramai bersungut. Saya perlu naik turun tram 4 kali untuk sampai ke dewan pameran dari pameran ternakan. Satu perkara yang paling 'hangin' ialah tapak parking muatan 700-800 buah kereta diberikan kepada Sua Rasa TV9. Punya la besar tapak MAEPS, kenapa diberi tapak parking kereta. Dah ratusan kereta kena parking di tepi highway SKVE. Kena saman polis trafik pulak tu sebab membuatkan jem yang teruk di SKVE. Ada juga ibu kendong anak lintas highway 6 lorong ke tapak MAHA sebab parking di sebelah jalan. Kalau kemalangan, siapa patut bertanggungjawab?.

Bercerita pasal MAHA, ada satu yang sudah lama tertanya di dalam hati. Dari dulu lagi saya dapati peserta pameran di Dewan D, yang mengeluarkan produk dari asas tani memang ramai dan berkualiti. Lebih 200 produk (berdasarkan jumlah gerai) diperkenalkan dan memang berpotensi untuk bersaing pasaran dalam dan luar negara. Hampir semua gerai menyediakan testing kit untuk pengunjung dan dari rasanya, memang sedap (saya tak perlu lunch sebab perut penuh dengan makanan sample).

Ada laksa cup segera, mee bandung segera, Mr Tempe, minuman sarang burung, air durian tulen, air nangka, candy, segala jenis kordial dan makanan ringan. Hampir kesemuanya dihasilkan oleh syarikat bumiputra. Banyak produk yang bermutu tinggi lengkap dengan kelulusan halal, organik, GMP dan sebagainya. TETAPI.....mengapa produk berkualiti ini tiada dipasaran. Ada gerai yang menyertai pameran 2006, 2008 dan 2010 tapi saya tidak pernah jumpa produk mereka di pasaran. Mungkin susah untuk ke hypermarket kerana karenah birokrasi tapi di kedai-kedai runcit pun tiada.

Kita memang berupaya menghasilkan produk berkualiti tapi masih lemah dari segi pelan pemasaran, walaupun untuk pasaran tempatan. Bukan untuk menidakkan peranan FAMA, MARDI dan lain-lain tapi walau apa pun yang agensi ini buat, jika produk ini sukar didapati di pasaran, mereka masih belum dikira berjaya.

Ambil contoh produk jenama Agromas, produk keluaran FAMA. Produk jenama ini memang berkualiti hasil gabungan penguasaha bimbingan FAMA. Produk ini rasanya sudah sampai ke Timur Tengah disebabkan kualitinya. Cuba sesiapa beritahu di mana saya boleh dapatkan produk ini di Bandar Baru Bangi atau Kajang atau Putrajaya atau Seri Kembangan atau Serdang atau Ampang. Kalau ada, bandingkan nisbah kedai yang jual dengan jumlah kedai yang ada di kawasan itu. Bandingkan pula nisbah kedai yang jual makanan ringan tak berkhasiat seperti Cheesel, Tora, Mamee, Jack n jill dan Double Decker.

Kesedaran masyarakat islam sekarang tentang khasiat dan kesucian produk amat tinggi tapi jika produk berkenaan kurang dan sukar didapati di pasaran, terpaksalah beli produk dengan logo halal yang mudah diciplak dan diragui ketulenannya. Cukuplah kot saya membebel, kita lihat foto MAHA pula.




Tempat pertama pertandingan pertanian katogeri cendawan, Kak Rosmawati, orang kuat Koperasi Cendawan Pulau Pinang. Tahniah kak




2 peserta berasaskan cendawan, Kak Nona dan Cik Rusila di Dewan D


Cendawan di Booth MOA


Kesian anak kecil ni. Penat sampai tertidur atas tram. Kepada mereka yang betul-betul nak menikmati MAHA, dinasihatkan jangan bawa kanak-kanak. Kesian mereka berjemur tengah panas tunggu bas. Tu belum yang merengek penat berjalan.


2 orang puteri di Booth FAMA


Pengunjung yang mula sesak ketika jam 12 tengah hari


Kekadang saya terfikir, dengan kereta semua parking jauh-jauh, siapa yang nak beli buah nenas 2-3 biji dan nangka 15kg dengan jinjing atas tram/bas. Penat la weh.


Suasana jam 1 tengah hari. Orang makin ramai.





Merenung panjang pak cik ni sebab beratur setengah km untuk naik bas ke pameran ternakan. Jam 1.30 tengah hari pula tu.



Saya suka buah nangka. Gerai besar, buah banyak tapi seorang saja pengendali gerai. Punya ramai beratur nak beli. Akhirnya saya pulang tanpa sebarang buah tangan.
Akhir kata, diharap MAHA 2012 akan lebih meriah dan ada kelainan dari sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

Hei, aku mencoba ke email Anda berkaitan dengan posting ini tapi aren t mampu menjangkau Anda?. Silakan e-mail saya ketika mendapatkan beberapa saat. Terima kasih.

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008