Photobucket

Pada : 28 April 2013
Bertempat : Ladang Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
Masa : 9:00 pg - 5:30 petang.
Kaedah Kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal.
Disediakan : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil.
Bayaran : RM 190.00 (Terhad untuk 15 orang sahaja.)

Hanya pendaftaran dengan deposit RM50.00 seorang akan diutamakan.

Saturday, December 25, 2010

Laporan kursus TAA kali ke 20. Satu kejutan

Alhamdulillah, kursus kali ke 20 telah berjaya diadakan dengan kehadiran 21 peserta dari 24 yang mendaftar. Bagi TAA, banyak pembaharuan dalam kursus kali ini dan yang paling manis sekali dalam kursus kali ini adalah lawatan secara mengejut Ahli Parlimen Parit, YB Haji Mohd Nizar Zakaria ketika kursus berlangsung. Kunjungan yang tidak disangka ini telah mengejutkan semua peserta. Sedikit ucapan dari YB untuk para peserta mengenai potensi usahawan cendawan dan sokongan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian khususnya cendawan. Terima kasih kepada YB atas sokongan kepada TAA dan masa yang yang diluangkan bersama peserta kursus kali ini. Di akhir lawatan , semua peserta tidak melepaskan peluang bergambar dengan YB.


Menerangkan serba sedikit tentang proses penanaman cendawan tiram kelabu kepada YB.

YB memberikan sedikit ucapan dan semangat untuk bakal usahawan pertanian.


Hampir 15kg cendawan dikutip oleh para peserta


Setelah makan tengahari dan sembahyang, peserta didedahkan tentang proses membuat beg media. Dimulakan dengan bancuhan bahan.

Dah mula buka langkah.


Penerangan tentang kukusan beg media yang paling asas dan mudah menggunakan tong drum.

Peserta diberi peluang untuk menyuntik benih sendiri. Sebanyak 3 beg diberi untuk diperhatikan perjalanan maisilium di rumah nanti.


2 resepi cendawan goreng ditunjukkan.





Sessi bergambar bersama YB Haji Mohd Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Parit.

No comments:

 
Design by Tunas Alam Agrotech © 2008